Wednesday, May 16, 2007

Laman AdikBijak.com Kembali Beroperasi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Suka saya maklumkan yang laman AdikBijak.com telah kembaliberoperasi semula. Anda boleh membuat tempahan dan lain-lain aktiviti di laman ABc seperti biasa.

Suka dimaklumkan yang tiada sebarang kehilangan data berlakukerana pengkalan data ABc dan perisian kritikal lainnyasentiasa dikemaskini dan salinan dibuat setiap hari.

Harap maklum.

Tuesday, May 15, 2007

Gangguan Sistem AdikBijak.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Operasi laman web AdikBijak.com pada ketika ini terganggu disebabkan oleh kegagalan perkakasan pelayan syarikat yang menyediakan hosting kepada AdikBijak.com.

Kami telah menghubungi mereka untuk mendapatkan status terkini dan buat masa ini mereka masih belum dapat memberi jawapan yang pasti bila sistem pelayan mereka akan dapat diperbaiki sepenuhnya dan kembali beroperasi.

Kami akan memaklumkan kepada anda semula bila mana laman AdikBijak.com boleh dilayari semula. Untuk sementara waktu sebarang pertanyaan, tempahan dan penghantaran bukti pembelian bolehlah dihantarkan ke email adik_bijak@yahoo.com.

Kami memohon maaf atas gangguan ini.

Friday, May 11, 2007

VCD KURSUS KAEDAH MENGAJAR

VCD KURSUS KAEDAH MENGAJAR
BACALAH ANAKKU


Harga Pasaran: RM30.00
Harga Ahli VIP: RM28.00 (BP: 8.00)
Kesesuaian Usia: Umum

VCD Kursus Kaedah Mengajar Bacalah Anakku mengupas satu persatu pendekatan dan kaedah yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa dan guru-guru dalam mendidik anak cepat membaca. Ianya disampaikan sendiri oleh pengasas program Bacalah Anakku iaitu Othman Ahamad dan Nik Eliani Nik Nawi di dalam satu seminar yang dirakamkan di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Set ini mengandungi 3 keping VCD yang merangkumi lebih 5 jam perbincangan pelbagai topik yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

VCD 1:
  • Pengenalan Program
  • Faktor Bahan Bacaan
  • Teknik Mengajar Kaedah Fonetik

VCD 2:

  • Bunyi-Bunyi Simbol
  • Teknik Memperkenalkan Bunyi (Bah. 1)

VCD 3:

  • Teknik Memperkenalkan Bunyi (Bah. 2)
  • Aktiviti-Aktiviti Mengenal Bunyi & Bentuk Simbol
  • Teknik Gabungan Bunyi
AdikBijak.com amat menyarankan set VCD ini kepada ibu bapa dan guru-guru dalam memastikan keberkesanan kaedah mengajar membaca kepada kanak-kanak menggunakan Set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.

Thursday, May 03, 2007

Rahsia Melahirkan Anak Cemerlang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Semua ibu bapa di dunia ini mempunyai satu impian yang sama iaitu ingin melihat anak-anak kita menjadi orang yang berjaya dan cemerlang. Anak-anak adalah zuriat dan cahaya mata yang akan mewarisi kehidupan ibu bapa di dunia ini apabila kita kembali menemui pangillan Illahi. Anak akan mewarisi diri kita, harta, maruah serta nama kita. Anak yang berjaya dan cemerlang mempunyai kemungkinan yang besar untuk berjaya memikul tanggungjawab sebagai pewaris ini. Tetapi anak yang gagal di dalam hidupnya, jangankan mewarisi diri dan harta ibu bapanya, untuk mengendalikan dirinya sendiri pun mungkin tidak termampu.

Sebab itu ibu bapa memberikan segenap perhatian untuk melahirkan anak-anak yang berjaya dan cemerlang. Justeru ramai ibu bapa sentiasa tercari-cari kaedah dan teknik bagi melahirkan anak-anak yang hebat ini.

Mendidik anak memerlukan kemahiran dan pengalaman. Ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bakal menyumbang kepada salah didikan dan keruntuhan akhlak anak-anak. Adalah amat berbahaya sekiranya ibu bapa cuba menyelesaikan permasalahan anak-anak hanya melalui "cuba-cuba" atau ikut rasa kerana anak-anak bukan bahan ujikaji.

Jalan penyelesaian terbaik adalah ibu bapa perlu berkorban untuk mempelajari kemahiran menangani anak bermasalah. Kami di AdikBijak.com menyediakan dua sumber berikut buat anda sebagai rujukan dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang.

21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG


Harga Pasaran : RM19.90
Harga Ahli VIP : RM18.90

Antara topik menarik di dalam:
Ibu Bapa Sebagai Teladan
Menjana Keyakinan Diri Anak-Anak
Kenal Pasti Kecenderungan dan Bakat Anak-Anak
Doa Yang Berterusan

MENANGANI ANAK BERMASALAH

Harga Pasaran : RM19.90
Harga Ahli VIP : RM18.90

Antara topik menarik di dalam:
Punca-Punca Anak Bermasalah
30 Kesilapan Dalam Mendidik Anak

Tips Menangani Masalah Anak Mengikut Kes
Anak Malas Untuk Solat
Anak Iri Hati Sesama Sendiri
Anak Pendiam
dan lain-lain

DAPATKAN KEDUA-DUA BUAH BUKU PADA HARGA YANG LEBIH ISTIMEWA!!!

SET PENDIDIKAN ANAK DMFK

Harga Pasaran : RM39.80
Harga Ahli VIP : RM37.50

Klik untuk maklumat lanjut

Buku-buku di atas adalah sekelumit bantuan dan pedoman buat ibu bapa dalam mendidik dan menangai masalah anak-anak di mana tips-tips dan panduan yang diberikan adalah berdasarkan kajian, pengalaman ibu bapa, sumber Al-Quran dan Hadith serta pendapat para ulama.

Buku yang mesti dimiliki oleh setiap ibu bapa.

Wednesday, May 02, 2007

Buku Terbaru



Duhai Anakku Yang Tercinta
Haji Muhammad Zakaria

Ayah dan ibu ingin menasihati anak agar menjadi apa yang diinginkan. Dapatkanlah senaskah buku kecil ini dan hadiahkan kepada anak anda yang tercinta..

Harga Pasaran : RM16.90
Harga Ahli VIP : RM15.90 (3.83 BP)
Untuk Usia : Umum
~EDISI KULIT KERAS~

Klik untuk maklumat lanjut

AdikBijak.com

AdikBijak.com adalah pusat sumber sehenti utama buat ibubapa (malah guru-guru) dalam mendapatkan pelbagai bahan pembelajaran dan panduan untuk mendidik sendiri anak-anak di rumah. Ibubapa tidak perlu lagi keluar rumah untuk mencari bahan bacaan untuk anak-anak sebaliknya hanya membeli secara online. Anda boleh klik objek di atas untuk melihat buku-buku yang dijual. SELAMAT MEMBACA.